Shah Alam
* Wish You Were Here - Pink Floyd
PAGI AHAD yang sedikit lesu, walaupun deringan penggera jam automatik berbunyi nyaring mengegarkan bilik tidurku, aku seakan-akan tidak mampu mengatasi air kencing Syaitan dalam telingaku yang terus-menerus membisikan agar terus tidur. Dan hasilnya aku terbangun setelah Matahari hampir keluar menerangi alam. Segala puji bagi ALLAH atas segala hal dan Maha Suci Allah yang menghidupkan kami sesudah mematikan kami dan kepada-Nya kami kembali. Aku segera bangun, bersiwak dan mandi kemudian berwuduk untuk Solat Subuh. Bersiap dengan pakaian kerja aku mendirikan solat Subuh dengan tenang dan sabar. Sungguh aku lewat subuh hari ini. Betapa malangnya hidup aku yang bermula dengan ‘Subuh Gajah’ kata orang Pahang. Usai Solat Subuh, Seribu istighfar ku lafazkan akibat dari kelalaian dan kealpaan hidup hari ini. Setelah berdoa aku bangun dan melihat jam.
Melihat jam sudah menghampiri 7.30 pagi, aku segera bangun dan mencapai beg galas ku yang sudah diubah-suai, ambil kunci kereta dan bergegas turun ke tingkat bawah. Matahari telah mulai menampakkan dirinya tatkala aku membuka pintu rumah. Seperti biasa sambil membaca ayat-aya amalan keluar rumah aku melakukan rutian harianku dengan tenang tetapi sedikit bergerak lebih pantas dari biasa untuk mengejar masa. Dalam setengah jam lagi aku mesti melaporkan kehadiran ku di pejabat melalui cetakan cap ibujari pada mesin perakam waktu yang lebih moden berbanding dulu. Tetapi aku tetap memandu dengan hati-hati seperti biasa. Kalau biasanya aku memandu pada kelajuan 70 kilometer sejam, pagi ni aku melajukan ke tahap 90 kilometer sejam. Satu kelajuan yang buat aku rasa cuak. Maklumlah, aku aku bukan jenis yang suka merempit atau bawa kereta laju-laju di jalan raya. Aku risau terlanggar atau dilanggar kerana kecuaianku atau kecuaian pemandu lain. Bagi orang lain, mereka akan bosan menumpang kerana kelajuan mereka dan kelajuanku berbeza dalam hal memandu kereta.
Dalam beberapa minit kemudian, aku sampai di pejabat. Keadaan masih lengang, tetapi jam menunjukan 7.50 pagi. Lagi sembilan minit, kehadiranku mesti dikesan oleh mesin perakam waktu automatik yang tersedia di pintu masuk. Alhamdulillah, ketibaanku disambut dengan aroma pejabat yang sedikit hapak dan bunyi mesin perakam waktu yang sentiasa berdecit pada setiap 20 minit itu. Ibu jari kananku dilekapkan ke ruang pengesan cap jari. Bunyi berdecit dua kali kedengaran. Kehadiranku berjaya dicatat pada jam 7 : 54 minit pagi. Alhamdulillah... setelah menghidupkan lampu dan peralatan pejabat yang lain, aku kembali menghadap komputer sambil mencari dan menerawangkan fikiran untuk membaham segala idea yang berlegar dalam ruang udara yang sejuk dalam pejabat. Apa isu hangat dan topik yang bagus untuk aku catat dalam TRAVELOG VOYAGER aku ini?
“Jom, minum!’
Aku tersentak. Suara itu membuatkan aku tertoleh kepada
pemiliknya. “Haa... Abang Kom. Ada pun.
Ingatkan tak datang tadi.”
Aku senyum sambil angkat kening
sebelah. Reaksi yang biasa aku lemparkan
kepada rakan sepejabatku yang mesra alam.
“Eh.... Ada kat belakang. Aku
baru keluar dari Pantry. Jom minum.”
Katanya sambil menggaru-garu kepalanya yang licin kerana dibotakkan dua hari
lepas.
“Katne?” soalku.
“Mana-mana pun boleh.”
“Seksyen Tujuh lah!” aku buat
keputusan.
“Ok je .” katanya, masih dengan senyuman dari balik janggutnya yang tersikat rapi.
Dan kami berdua meninggalkan pejabat yang kebetulan pula kawan sepejabat yang lain muncul. Ezar, juga merupakan pembantu di pejabat ini. Setelah meninggalkan pesan dan Ezar pula sanggup jaga kaunter depan. Maka kami dengan segera ke sebuah restoran di Seksyen 7.
Nasi Goreng kampung dan Telur goreng mata kerbau. Air minum hanya air suam kosong Menu yang sangat aku gemari. Sementara itu, Abang Kom hanya memilih menu dan menikmati keenakan Sup Soto dan Kopi O panasnya.
Usai doa makan dibaca, kami menikmati rezeki pagi itu sambil-sambil berbincang tentang sikap manusia yang terlalu tamak dengan harta dunia. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin. Pendapat Abang Kom tentang orang kaya yang tidak bersyukur dan orang kaya yang bersyukur sememangnya selari dengan pendapat ku. Zakat dan Sedekah juga menjadi topik yang kami bincangkan yang akhirnya solusi dari apa yang kami bualkan semasa makan itu hanya bahawa untuk menjamin hak-hak orang ain dalan harta si orang kaya itu adalah dengan melalui Sedekah Dan Zakat. Kerana manusia itu lupa adanya ‘Hak’ orang lain dalam harta serta wang ringgit yang diusahakannya sehingga menjadi kedekut dna tamak. Lantaran itu orang kaya ini tidak mengeluarkan zakat dna sedekah kepada yang berhak. Maka muncullah istilah si kaya bertambah kaya dna si miskin bertambah miskin. Namun, kekayaan itu tanpa disedari oleh manusia akan mengundang bala bencana kepada pemiliknya. Kerana harta yang tidka dizakatkan itu pasti akan ditarik oleh ALLAH dalam pelbagai situasi dan cara seperti dirompak, terbakar, dibunuh oleh penjenayah. Kerana merekalah, penjenayah-penjenayah ini wujud. Jadi yang bersalah di sini bukanlah penjenayah tetapi masyarakat yang memaksa penjenayah jadi penjenayah. Apabila Isu GST muncul maka ini menjadi satu langkah yang bagus untuk Kerajaan mengagih-agihkan kekayaan dan harta kepada yang berhak diberi. Jadi akan hilanglah istilah si kaya terus kaya dan si miskin terus miskin. Yang ada nanti adalah keseimbangan ekonomi yang baik dan bermanfaat kepada kedua belah pihak. Tepat jam 9 pagi, kamu selesai makan dan kembali ke pejabat kerana ada lagi oarng yang belum bersarapan pagi itu.
Tiba di pejabat aku terus mengadap komputer melayari internet. Cuba mencari beberapa keping gambar tentang masjid di Indonesia. Sebuah masjid yang aku rasa unik Kubahnya. Masjid Lhokseumawe, Indonesia.
Esok Isnin, merupakan hari cuti Wilayah Persekutuan KL. Dan hari Selasanya adalah cuti am Thaipusam 2015 (3 Feb 2015 - 4 Feb 2015). Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer. Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
Di Malaysia, hari Thaipusam merupakan cuti umum di beberapa buah negeri seperti di Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Pulau Pinang. Pada 20 Januari 2008, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bercuti umum sempena hari Thaipusam. Negeri Pahang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah , Sarawak dan Melaka belum menjadikan Thaipusam sebagai cuti umum. Sebagai rakyat satu Malaysia. Maka haruslah bagi umat Islam menghormatinya.
Tamat waktu kerja aku bergegas
balik. Seperti biasa dalam rutin
hidupku, aku membaca ayat-ayat khusus ketika masuk ke dalam rumah dna beri
salam walaupun tiada sesiapa yang ada di dalam rumah. Kerana yakin kalau bukan manusia yang sambut,
para malaikat dna Jin-jin yang Islam pasti akan menyambutnya. Ini juga memberikan aku satu keyakinan
bahawa rumah kita ini juga ada penghuninya selain kita. Khususnya Jin-jin yang belum kita ketahui
apakah ia seagama dengan kita atau tidak.
Namun, sebagai umat Islam yang beriman kepada hal-hal Ghaib, makhluk Jin
adalah makhluk yang sama seperti kita juga, memerlukan tempat tinggal, bekerja,
berkeluarga, memerlukan makan dan minum, dan hal-hal lain yang biasa kita
lalui. Alhamdulilah setakat ini tiada
lagi makhluk-makhluk Jin yang mengacau dalam rumah aku. Selagi mereka beradab
dan berlaku sopan mereka aku benarkan saja duduk dan menghuni rumahku. Rumahku besar dan banyak bilik, malah loteng
atau ruang siling tempat simpan tangki air juga luas dan banyak tikus. Mereka
boleh berkongsi dengan tikus-tikus yang tidak jemu-jemu berlari ke serata ruang
siling ketika aku mahu beradu. Sebagai
Hamba ALLAH tiada apa yang perlu kita takutkan. Cukuplah ALLAH yang wajib kita
takuti dalam hal Dosa dan wajib kita ingat dalam rasa cinta melalui
zikrullah. Makhluk lain, semuanya tiada
kuasa dna lemah. Allah Maha Berkuasa
atas segalanya.
Hanya sahaja aku akan melaungkan
azan dalam rumah setiap kali masuk waktu solat fardhu, itu kalau aku berada di
rumah ketika waktu tersebut.
Kadang-kadang terasa jjuga meremang bulu tengkuk aku ketika berada dalam
rumah. Namun aku tak hiraukan. Kerana aku
tahu Makhluk Halus itu ada di situ. Aku
hanya menguatkan zikirullah dalam hati dan memohon perlindungan kepada ALLAH
dari kejahatan dan keburukan mereka.
Alhamdulillah, selepas sahaja aku kuatkan zikir dalam hati, perasaan
seram itu hilang serta merta diganti dengan ketenangan. Benarlah Firman ALLAH. ‘Dengan zikrullah,
hati akan jadi tenang.’
Seperti biasa, setelah
memastikan pintu utama telah dikunci, aku bergegas mengambil wuduk dan azan
kemudian menunaikan solat Asar dengan tenang.
Usai berdoa aku mengemaskan sejadah dan menukar pakaian ke pakaian
khusus untuk bersenam. Senaman Yoga yang
aku ubah-suai dengan menyerapkan posisi-posisi solat menjadi latihan rutin
harianku ketika berada di rumah selepas Asar.
Dalam masa sejam aku mempraktikan keseluruhan posisi khusus senaman
ini. Peluh bagaikan air terjun
mencurah-curah pada seluruh tubuhku. Di
akhir senaman, Set Pernafasan Cakra khusus aku praktikan untuk membangkitkan
tenaga dalaman agar sentiasa sihat dan bertenaga. Di akhir nafas aku, sujud ke arah Kiblat
untuk sujud 5 minit, agar darah yang penuh oksigen itu sampai ke dasar dan
ruangan otak. Sambil membaca Ummul Kitab dalam hati sebanyak 10 kali hinggalah
aku terasa berada di awang-awangan lantaran oksigen memenuhi seluruh ruang
kepala ku.
Aku akhir senaman khas itu
dengan istighfar dan selawat. Beberapa
minit selepas itu aku meneguk segelas air suam.
Aku beredar ke dapur kemudiannya dan membuka peti ais. Di dalamnya ada banyak bungkusan ikan yang
sedia dimasak. Kubuka salah satunya dan
seekor ikan Kerapu yang dibekukan kelihatan dan menggamit seleraku. Aku letak ikan beku itu dalam besen berisi air suam. Supaya cepat hilang kerasnya. Malam ini aku memang terasa untuk makan
protein sahaja. Karbohidrat tidak
diperlukan malam ini. Cukuplah ikan itu
dimasak stim. Bersama sebiji Bawang
Merah yang dihiris ke dalam kuah Kicap pekat pedas sudah cukup sebagai pencecah
daging ikan Kerapu jenis Kerapu Bunga itu.
Usai solat Maghrib, aku mulai
memasak ikan kegemaranku itu. Dalam beberapa minit kemudian ia sudah masak dna
bersedia utnuk mengalas perutku yang sudah berkeroncong sejak dari tadi. Sambil membaca buku novel Sains Fiksyen
karangan seorang penulis tempatan, aku menghayati keeenakan daging ikan Kerapu
yang sedap itu. Kisah yang diceritakan
dalam novel itu memang cukup merangsang kegilaan ku terhadap genre itu. Sesuai dengan bakat yang dikurniakan oleh
ALLAH kepadaku. Selepas menghasilakn sebuha
novel Sains Fiksyen beberapa tahun yang lalu, aku seakan-akan hilang semangat
untuk menulis. Aku tidak pasti mengapa
tetapi yang nyatanya semangat membaca genre itu pula yang menguasaiku.
Ketika azan Isyak kedengaran
dari arah Surau, aku menutup novel dan mengemaskan pinggan mangkuk yang aku
gunakan itu. Mencucinya dan
meletakkannya di rak khas di ruang dapur.
Aku mengambil wuduk dan melontarkan azan Isyak di ruang tamu rumah
aku. Dengan suara yang sederhana kuat
yang diiring perasaan khusyuk kepada Tuhan seluruh alam...
ALLAH MAHA BESAR... ALLAH MAHA
BESAR...
AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN
SELAIN ALLAH
AKU BERSAKSI BAHAWA MUHAMMAD ITU
RASULULLAH
MARILAH MENUNAIKAN SOLAT
MARILAH MENUJU KEJAYAAN
ALLAH MAHA BESAR... ALLAH MAHA
BESAR...
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
Hukum melaungkan azan adalah sunat muakkad ketika hendak mendirikan solat fardhu. Melaungkan azan juga adalah satu Fardu Kifayah bagi sesuatu kumpulan, dan tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua ahli kumpulan tersebut. Bagi individu pula, ia merupakan satu sunat aini atau, dan pahala sunat akan diperolehi apabila seseorang itu melakukannya. Bagi kaum wanita, disunatkan melakukan Iqamat sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah apabila meninggikan suara mereka.
No comments:
Post a Comment