Friday 15 October 2021

BERAKHIRNYA KEBOSANAN 2021

Pejabat AB

*Another You - Cromok  

Covid 19 melanda dunia.  Tidak disangka, virus dari Wuhan itu bukan sahaja menceroboh negara Malaysia, tetapi seluruh negara di dunia ini.  Tiada yang terkecuali selagi ada manusia dan pengangkutan. Pasti Virus ini akan sampai.  Tanpa disangka juga, seluruh negara dikuarantin. Tiada seorang pun boleh keluar rumah tanpa sebab yang kukuh.  hanya petugas-petugas kerajaan sahaja yang dibenarkan berada di luar rumah dan beberapa pihak yang tertentu untuk memastikan aktiviti ekonomi negara terus berdenyut.  Lebih dari setahun hanya duduk di rumah sambil bekerja secara dalam talian membuatkan rasa kebosanan yang teramat sangat. 

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Malaysia 2020-21, yang juga disebut sebagai PKP atau MCO, merujuk kepada tindakan pencegahan yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan Malaysia terhadap wabak koronavirus (COVID-19) mulai 18 Mac 2020.[2] Perintah tersebut sering dirujuk oleh pihak media sama ada beberapa media tempatan mahupun media antarabangsa sebagai "Lockdown Malaysia" atau "Lockdown Separa Malaysia (https://ms.wikipedia.org/wiki/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020-21)

dan pada Bulan Oktober 2021... akhirnya PKP ditamatkan dengan bersyarat kerana 90% rakyat Malaysia telah menerima 2 dos Vaksin dari pelbagai jenis.... yang penting mesti jaga SOP.  Dan aku kembali ke pejabat seperti biasa untuk berkhidmat. Dan pada hari ini juga aku berpeluang untuk mengaktifkan kembali blog yang sudah lama hampir dilupakan... 2016 aku mencipta blog ini dan hanya pada tahun ini sahajalah aku berjaya mendapatkan semula kata laluan. Kali ini aku tidak ingin kehilangan kata laluan ini lagi...  dan tekad aku akan kekalkan blog ini sebagai ruang menendang menumbuk kehidupan ku...

Terasa puas dan lega apabila sedikit sebanyak aku berjaya juga melengkapkan latar belakang kepala blog ini.  dan mungkin aku akan kekalkan kerana sudah tidak mungkin aku mencari sesuatu yang lain selain apa yang sudah aku coretkan pada kanvas paint di atas.  Apa pun nikmatinya....


salam manis dari ku untuk semua. 

xxx



HADIS DAN KISAH BELASAH DAN BUNUH SYAITAN JENIS JIN

  *HADITH 1   RASULULLAH SAW INGIN MENGIKAT JIN IFRIT* "Sesungguhnya jin ifrit telah meloncatiku semalam - atau beliau bersabda d...