ALLAH S.W.T
Berfirman
:
“Agama
yang benar di sisi Allah ialah Islam (tunduk patuh)”
[ Q.S. AL-IMRAN 3 : 19 ]
“....Pada hari ini, Aku sempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku cukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku puas hati ISLAM sebagai Agama untuk kamu...”
[ Q.S. AL-MAIDAH 5 : 3 ]
Islam
adalah agama yang diiktiraf dan diredai oleh ALLAH SWT [ Q.S. Al-Maidah 5 : 3
]. Sebagai agama yang diredai ALLAH,
Islam memiliki beberapa keistimewaan yang membezakannya daripada agama-agama
lain di dunia ini.
Islam
memiliki 5 keistimewaan yang jelas iaitu:
-Rabbani
(Ketuhanan)
-Syumul(Menyeluruh)
-‘Alamiyyah(Sejagat)
-Waqi’iyyah(Realistik)
-Wasatiyyah(Pertengahan)
RABBANI (KETUHANAN)
Segala hukum, konsep, nilai dan peraturan yang terdapat dalam Islam adalah ditetapkan dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW oleh Allah SWT. Ia bukannya rekaan dan ciptaan manusia.
“…HANYALAH UNTUK ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”
(Al-An'aam 6:162)
SYUMUL(MENYELURUH)
Syariah
Islam merangkumi segenap aspek kehidupan manusia, memenuhi segala kepentingan
dengan ALLAH, Manusia, Jin, dan alam sekeliling di masa lalu dan pada masa akan
datang. Bagi seorang Muslim, bimbingan Islam
ini mencakupi semua keperluannya kerana Islam sudah mengatur kehidupan
manusia dnegna lengkap yang meliputi
aspek Akidah, ibadat, akhlak, ekonomi, politik, kemasyarakatan,
kesihatan, kebudayaan, Bahasa, seni pengetahuan, hubungan antarabangsa, alam
sekitar, falsafah, sains, undang-undang dan sebagainya.
“…Kami
turunkan kepadamu Al-Quran MENJELASKAN TIAP-TIAP SESUATU dan menjadi hidayah
petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang
Islam.”
(Al-Nahl
16:89)
‘ALAMIYYAH(SEJAGAT)
Islam
itu agama sejagat kerana Rasulullah SAW diutus untuk semua manusia, bukan untuk
bangsa Arab sahaja, tetapi untuk semua bangsa di seluruh dunia. Ajaran Islam adalah nilai universal yang
diperlukan oleh semua manusia. Semua orang menyenangi nilai-nilai Islam.
“DAN
TIADALAH KAMI MENGUTUSMU (WAHAI MUHAMMAD) MELAINKAN UNTUK UMAT MANUSIA
SELURUHNYA, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang
beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).”
(Q.
Surah Saba' 34:28)
WAQI’IYYAH (REALISTIK DAN PRAKTIKAL)
Ajaran
Islam adalah realistik dan praktikal serta sesuai dengan realiti dan seiring
kenyataan kehidupan manusia. Dalam
menetapkan sesuatu hukum atau peraturan, Islam sentiasa mengambil kira realiti semasa,
setempat dan adat yang diamalkan.
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan JANGANLAH ENGKAU MELUPAKAN BAHAGIANMU (KEPERLUAN DAN BEKALANMU) DARI DUNIA; DAN BERBUAT BAIKLAH (KEPADA HAMBA-HAMBA ALLAH) SEBAGAIMANA ALLAH BERBUAT BAIK KEPADAMU (DENGAN PEMBERIAN NIKMATNYA YANG MELIMPAH-LIMPAH); DAN JANGANLAH ENGKAU MELAKUKAN KEROSAKAN DI MUKA BUMI; SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK SUKA KEPADA ORANG-ORANG YANG BERBUAT KEROSAKAN ".
(Q.
Surah Al-Qasas 28:77)
WASATIYYAH(PERTENGAHAN)
Islam menolak semua hal yang melampau(ekstrimisme) dan kekurangan dalam kehidupan manusia dalam semua aspek aktiviti di dunia dan di Akhirat. Larangan melampaui batas adalah dilarang sama sekali. Islam menitikberatkan kesederhanaan dalam semua perkara kerana ia adalah sesuai dengan fitrah manusia.
“Wahai
anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali
kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta
minumlah, dan JANGAN PULA KAMU MELAMPAU; sesungguhnya Allah tidak suka akan
orang-orang yang melampaui batas.
(Q.
Surah Al-A'raaf 7:31)
Begitulah
lengkapnya agama Islam sebagai agama yang sesuai dengan fitrah manusia dan kehidupannya di dunia ini. Islam tidak
meninggalkan sesuatu apapun kecuai ia akan dijelaskan dan diajar kepada semua
manusia tanpa mengira bangsa, budaya, adat dan tempat di seluruh dunia.
XXX
24
November 2021